Apa beza emas 916 dan emas 999? Yang mana patut kita beli?
Dua jenis emas yang sering diperbincangkan dalam dunia perhiasan dan pelaburan adalah emas 916 dan emas 999. Terdapat Perbezaan utama antara keduanya yang dibincangkan dalam post ini.
TIPS MENYIMPAN EMASBAHASA MELAYU


Apa beza emas 916 dan emas 999? Yang mana patut kita beli?
Yang mana lagi untung?
Pertama yang kita kena tahu...
Emas 916 ni kalau di Malaysia, gunanya untuk perhiasan. Berbanding emas 999, emas 916 lebih keras disebabkan oleh campuran logam-logam yang lain.
Emas 999, adalah emas pelaburan. Ia lebih lembut. Dan tak sesuai untuk jadikan barang kemas yang macam-macam design tu. Susah untuk diukur, senang patah.
Dari sudut potensi simpanan,
Emas 916 memang khas untuk perhiasan. Sebab susut nilai dia tinggi. Boleh cecah 20% hingga 30%. Ada yang sampai 40%. Ada lagi kos upah.
Pendek kata, kalau harga emas tak naik tak turun. Kita rugi terus 30% setelah membelinya.
Kalau beli emas untuk menabung dalam jangka masa panjang, lebih 2 tahun ke atas, beli emas 999 seperti ini jauh lebih untung.
Sebab apa?
Emas 999 spread nya cuma 6%. Kalau harga emas naik 10%, saya jual dah boleh untung dari sudut RM.
Ada yang cakap. Baik beli emas 916 sebab boleh guna dua dua...Betul juga apa yang dia cakap..
Cuma..umpanya..macam kapak dengan penukul. Baik beli kapak je, sebab boleh guna dua2?
Salah kan..Nak ketuk paku, kita boleh guna tukul. Tapi kalau nak potong kayu, kita guna kapak..
Boleh beli dua-dua. Emas 916 ke 999. Yang penting, ikut matlamat kita beli emas.
Emas 999 merujuk kepada emas yang berkadar kemurnian 99.9%, juga dikenali sebagai emas 24 karat. Berikut adalah beberapa ciri-ciri emas 999:
Ketulenan: Emas 999 dianggap sebagai bentuk emas yang paling tulen yang tersedia untuk kegunaan komersial, dengan tulen 99.9% menjadikannya sangat bernilai.
Warna: Emas 999 mempunyai warna kuning yang dalam yang dikaitkan dengan emas tulen. Warna emasnya kaya dan menarik, mencerminkan tahap ketulenan yang tinggi.
Ketahanan terhadap Karat: Emas tulen sangat tahan terhadap karat dan pengoksidaan, membolehkannya mengekalkan kilauan dan kecantikannya dari semasa ke semasa, walaupun terdedah kepada udara, kelembapan, atau bahan kimia.
Kepadatan: Emas adalah logam yang padat, dan emas 999 tidak terkecuali. Kepadatannya yang tinggi memberikan rasa yang substansial dan memudahkan untuk membezakan daripada bahan lain yang kurang padat.
Nilai: Oleh kerana ketulenan yang tinggi, emas 999 amat bernilai di pasaran. Ia sering digunakan untuk tujuan pelaburan, serta untuk membuat barang kemas berkualiti tinggi dan barangan mewah.
Jom mulakan simpanan emas fizikal hari ini dan mula beli emas serendah RM100 melalui simpanan emas fizikal patuh syariah (GAP).
Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/0187600014
Jom! Sertai keluarga besar G100Network!
#PublicGold
#MisiUbahHidup1000Keluarga
#PGG100Network
Ar. Afi Jamalludin // PG00197352 // Public Gold Authorised Dealer