Apakah itu GAP / SAP Public Gold?
Public Gold merupakan syarikat pertama di Malaysia yang telah melancarkan Gold Accumulation Program (GAP), di mana ia membolehkan orang ramai mengumpul emas fizikal secara peruntukan berkelompok hanya dengan modal serendah RM100 sahaja. Ia merupakan platform yang mudah, murah dan patuh shariah untuk orang ramai memulakan simpanan emas bagi melindungi kekayaan mereka.
APPS PUBLIC GOLDBAHASA MELAYU
Public Gold merupakan syarikat pertama di Malaysia yang telah melancarkan Gold Accumulation Program (GAP), di mana ia membolehkan orang ramai mengumpul emas fizikal secara peruntukan berkelompok hanya dengan modal serendah RM100 sahaja. Ia merupakan platform yang mudah, murah dan patuh shariah untuk orang ramai memulakan simpanan emas bagi melindungi kekayaan mereka.
Mekanisme program juga amat mudah. Ia lebih kurang sahaja seperti konsep akaun simpanan di bank, bezanya ia tidak mengumpul RM, tetapi dalam bentuk gram. Gram emas akan dikumpul di dalam akaun sehingga lah para penyimpan memutuskan untuk mengeluarkan emas fizikal dan simpan sendiri. Gram emas juga boleh dijual terus tanpa mengeluarkan emas fizikal untuk mendapatkan tunai segera.
Selain GAP yang mendapat sambutan baik daripada orang ramai, Public Gold juga memperkenalkan Silver Accumulation Program (SAP). Ianya merupakan alternatif atau pilihan lain untuk orang ramai menceburi pelaburan logam perak dengan modal serendah RM100. Simpanan perak mempunyai potensi keuntungan yang baik dalam jangka masa panjang.
TERDAPAT KELEBIHAN GOLD ACCUMMULATION PROGRAM (GAP) SEPERTI BERIKUT:
Program (Program Simpanan Emas)
Simpanan emas fizikal berketulenan Au 999.9
Simpanan dalam bentuk berat (gram)
Pembelian serendah RM100
Memaksimumkan penggunaan wang anda dengan tukaran kepada emas setepat 4 titik
perpuluhan (contoh: 0.0001g)
100% emas fizikal dalam bentuk terkumpul
Pengeluaran minima emas fizikal seberat 1 gram
Baki minima 1 gram untuk akaun kekal aktif
Juga terbuka untuk anak bawah 18 tahun
Tanpa caj simpanan
Caj pengaktifan semula yang rendah
Diaudit oleh pengaudit bebas
Pembelian 24 jam, 365 hari
Caj pengeluaran emas fizikal yang minimum
BERAPAKAH MODAL YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUKA AKAUN GAP INI?
Hanya dengan pembelian emas serendah RM100 atau belian emas 1g mengikut harga emas semasa GAP dalam laman web Public Gold (https://www.publicgold.com.my/).
BAGAIMANA PROSES JUAL BELI EMAS DARI AKAUN GAP ?
Proses beli emas / jual balik / semakan akaun emas anda boleh dibuat secara online di website atau melalui aplikasi Public Gold. Ianya sungguh mudah!
Setiap pembelian emas melalui GAP akan disimpan di dalam akaun secara automatik dan PERCUMA.
BERAPAKAH BAJET MINIMUM UNTUK SIMPANAN EMAS DALAM AKAUN GAP?
Akaun GAP membolehkan anda membeli emas bermula serendah RM100 sahaja. Namun jika anda mempunyai modal yang besar, anda boleh membeli emas GAP tanpa had. Ikut keselesaan sendiri.
Jika anda berminat mengumpul KOLEKSI emas 1 gram Public Gold, kaedah GAP membolehkan anda memiliki kepingan emas 1 gram pada harga yang JAUH LEBIH MURAH berbanding membeli kepingan emas 1 gram secara runcit.
ADAKAH PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH?
Pembelian emas melalui GAP disahkan patuh shariah. Sijil patuh shariah dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah syarikat penasihat shariah terkemuka di Malaysia.
BAGAIMANA SAYA NAK KELUARKAN EMAS FIZIKAL DARI AKAUN?
Item emas yang beratnya sama atau kurang dari 21.25 gram, anda boleh keluarkannya pada bila-bila masa menggunakan khidmat pos berinsurans iaitu Gold In Transit (GIT)
Manakala item emas yang lebih 21.25 gram, anda boleh mengambil di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Perlu buat temujanji sebelum pergi ke cawangan.
Sebelum keluarkan emas fizikal, pastikan anda mempunyai baki 1 gram di dalam akaun GAP anda selepas anda mengeluarkan emas fizikal.
APA CAJ YANG DIKENAKAN JIKA SAYA INGIN KELUARKAN EMAS FIZIKAL?
Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj Gold Premium. Jadual Gold Premium seperti di bawah;
Contoh:
Jika keluarkan 5 gram x 2 keping, maka caj yang perlu dibayar ialah RM10 x 2 = RM20
Jika keluarkan edisi klasik 1 gram x 10 keping, maka caj yang perlu dibayar ialah RM15 x 10 =RM150
Oleh itu, mengeluarkan emas yang lebih berat lebih jimat Caj Premium berbanding yang kecil
SIAPA YANG BOLEH MEMBUKA AKAUN GAP ?
Individu yang mempunyai bajet RM100 atau lebih.
Individu yang mahu simpan emas tanpa komitmen. Ada duit lebih, tambah simpanan emas dalam GAP. Jika mahu konsisten simpan emas #1gram1bulan pun boleh!
Individu yang takut nak simpan emas sendiri di rumah kerana takut terlupa simpan emas di mana atau hilang dicuri.
ADAKAH HARGA EMAS DI GAP IKUT HARGA EMAS DUNIA?
Harga GAP mengikut harga emas dunia dan berubah sekali sehari iaitu setiap jam 12 tengah malam.
BOLEHKAH ANAK-ANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN MEMBUKA AKAUN GAP ?
Boleh dan sangat digalakkan.
Bagi kes ini, ibu bapa atau penjaga yang sah bersama anak-anak ini membuka akaun bersama / joint account yang mana segala urusan jual / beli diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga sehingga anak-anak ini berusia 18 tahun.
Setelah anak mencapai 18 tahun, akaun ini akan ditadbir oleh mereka. Bayangkan, dengan GAP anak anda boleh miliki simpanan emas mereka sendiri.
ADAKAH GAP MEMPUNYAI TARIKH LUPUT?
Tiada tarikh luput dan ianya adalah simpanan emas sepanjang hayat.
ADAKAH PEMILIK AKAUN GAP DIBEKALKAN DENGAN BUKU SIMPANAN ?
Tidak. Urusan pembelian / jualan GAP adalah secara online di mana pemiliknya boleh melihat sebarang penyata transaksi melalui My GAP portal.
ADAKAH GAP DILINDUNGI INSURAN?
Ya. Emas GAP disimpan dalam safe deposit box yang dikendalikan oleh Public Safe (www.publicsafe.com.my). Dan ianya dilindungi insuran.
BOLEHKAH JUAL SEMUA EMAS DALAM GAP?
Boleh. Akaun GAP akan ditutup apabila tiada baki dalam akaun. Untuk buka semula akaun GAP, anda perlu membayar caj pengaktifan. Untuk pastikan GAP kekal aktif, anda perlu tinggalkan baki minima 1g dalam akaun.
Oleh itu, mulalah menyimpan secara kecil - kecilan dengan platform GAP dan SAP yang kami sediakan untuk membina masa depan yang lebih baik.
Hubungi saya untuk memulakan simpanan emas dan perak hari ini.