Memilih Emas yang Terbaik

Barang Kemas vs Gold Bar vs Dinar

TIPS MENYIMPAN EMASBAHASA MELAYU

4/27/20243 min read

BARANG KEMAS, GOLD BAR, DINAR : MANA LEBIH BAIK?

Barang kemas dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan untuk pelaburan. Membeli barang kemas untuk tujuan simpanan atau pelaburan adalah satu kerugian yang besar. Walaupun dalam jangka panjang, barang kemas tetap menguntungkan. Tetapi kita perlu menunggu waktu yang sangat lama untuk menikmati keuntungan tersebut. Untuk perhiasan, belilah barang kemas. Untuk simpanan, belilah gold bar ataupun dinar.

Kalau beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar (berketulenan 999.9) lebih menguntungkan. Ini kerana:

  1. Harga per gram lebih murah sekitar 15% berbanding barang kemas.

  2. Tiada "upah tukang" sebagaimana barang kemas yang upahnya berbeza mengikut design.

  3. Spread (‘susut nilai’) jauh lebih rendah, iaitu kurang dari 10% berbanding barang kemas 25% - 40%.

DINAR ATAU GOLD BAR, MANA LEBIH BAIK?

Sama sahaja antara gold bar dan dinar dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, spread ('susut nilai') sama, ketulenan pun sama (ketulenan 999.9).

Bezanya cuma bentuk bulat & segi empat saja. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

KRITERIA MEMILIH EMAS PELABURAN TERBAIK?

Tak kisah emas jenama apa sekalipun, kalau beli untuk dijual pada harga lebih tinggi pada masa akan datang, sila semak 5 kriteria ini secara pakej sebelum membelinya :

HARGA RENDAH: Pastikan harga lebih rendah berbanding harga di kedai emas.

SPREAD NIPIS: Pastikan spread ('susut nilai') tak lebih 10% supaya lebih cepat dapat keuntungan.

STOK TIADA HAD: Supaya kita berpeluang beli pada bila-bila masa terutamanya ketika harga emas di paras yang rendah.

CAWANGAN BANYAK: Supaya kita tak perlu keluarkan kos yang mahal untuk beli atau jual.

JAMINAN BELI BALIK: Syarikat beri jaminan beli balik emas keluarannya pada harga tinggi tanpa syarat cerewet seperti kondisi emas kena cantik, sijil ketulenan tak boleh hilang, atau hanya penama berdaftar sahaja boleh jual dsb.

APAKAH JENAMA EMAS TERBAIK DI MALAYSIA?

Ada banyak jenama emas di Malaysia. Tapi ini jenama emas pelaburan (emas fizikal) yang paling bereputasi dan platform jual beli reliable :

Public Gold

  1. Lebih 80% penyimpan emas di Malaysia memilih Public Gold.

  2. Proses Jual beli paling mudah melalui mobile apps, dan servis hantar emas berinsuran.

  3. Diterima meluas oleh Ar-Rahnu.

Kijang Emas

  1. Dijual di Maybank branch tertentu

  2. Harga dan kadar spread agak rendah, tapi sukar dapat stok.

  3. Syarat beli balik cerewet.

UOB Bank

  1. UOB menjual pelbagai jenama emas antarabangsa.

  2. Harga dan kadar spread agak rendah, tapi sukar dapat stok.

  3. Syarat beli balik cerewet.

Kuwait Fin. House

  1. Jual emas jenama KFH sendiri Akaun emas yang boleh keluarkan emas fizikal sekecil 1 gram.

  2. Syarat beli balik cerewet.

Bank Muamalat

  1. Jual emas jenama Perth Mint

  2. Menawarkan jual beli emas fizikal dan akaun emas.

  3. Denominasi emas 5g, 10g, 20g, 50g dan 100g.

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD?

Lebih 80% penyimpan emas di Malaysia memilih emas Public Gold. Ia menjadi jenama pilihan no. 1 di Malaysia kerana mudah dibeli, dan mudah dijual. Selain itu;

Patuh syariah. Syarikat emas pertama disahkan patuh syariah di Malaysia

Harga rendah. Harga lebih murah sekitar 15% berbanding kedai emas.

Spread nipis. Spread yang nipis iaitu 6% - 9% sahaja.

Cawangan jual beli banyak. 16 cawangan di Malaysia, 4 cawangan di Indonesia.

Boleh dibeli secara online 100%. Transaksi boleh dibuat 24 jam sehari melalui mobile apps, dan Public Gold hantarkan terus emas kepada pembeli menggunakan servis pos berinsuran.

Stok tiada had. Boleh beli emas tanpa had walaupun ketika harga emas sedang jatuh.

Jaminan beli balik. Public Gold jamin beli balik emas jenamanya pada harga tinggi walaupun emas tersebut calar, bengkok, ataupun kemek.

Simpan emas percuma. Servis simpan emas percuma melalui Akaun Emas GAP - tak perlu bimbang di mana nak simpan emas yang dibeli.

Rekod bersih lebih 15 tahun. 100% pembeli emas Public Gold terima emas yang dibeli - sejak mula beroperasi pada tahun 2008 hingga sudah hampir 1 juta penyimpan emas berdaftar sehingga Disember 2022.

AKAUN EMAS ATAU EMAS FIZIKAL?

Emas terbaik adalah emas yang ada di tangan sendiri.Kalau beli melalui akaun emas, pastikan keluarkan emas fizikal bila cukup gram dalam akaun.

Dan kalau beli emas melalui akaun emas dari mana mana syarikat atau bank, sila pastikan :

  • Proses pengeluaran emas fizikal adalah mudah tanpa banyak syarat yang merumitkan.

  • Kos pengeluaran emas fizikal yang dikenakan ada munasabah dan berbaloi.