Soalan Lazim (FAQ) Public Gold

Kompilasi Soalan Lazim tentang menyimpan Emas Public Gold

PUBLICGOLD.CCBAHASA MELAYU

Afi

4/8/20244 min read

ASB, TABUNG HAJI ATAU EMAS?

Untuk simpanan jangka pendek, ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% - 5% setahun.

Tapi untuk jangka panjang (2 tahun dan ke atas), emas lebih baik. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun.

HARGA EMAS AKAN SENTIASA NAIK?

Untuk jangka pendek, harga emas sentiasa ada naik turun. Tetapi dalam jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik sebagaimana kenaikan harga barang keperluan.

Selagi sistem duit kertas (wang fiat) digunakan; kerajaan terus mencetak wang yang menyebabkan nilai duit semakin menurun dari tahun ke tahun, selagi itulah harga emas akan terus naik.

SIMPAN EMAS BOLEH DAPAT PENDAPATAN?

Tidak. Pelaburan emas tidak ada pendapatan seperti dividen ASB atau Tabung Haji.

Kalau ada mana-mana pihak menawarkan pelaburan emas yang ada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen, itu semua skim cepat kaya bertopengkan emas (scam).

CARA BUAT UNTUNG DENGAN EMAS?

Asasnya "beli harga rendah, jual harga tinggi". Bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, tukarkan kepada emas.

Simpan selama mungkin. Jangan jual emas tersebut kecuali bila ada peluang untuk tukarkan kepada aset yang lebih baik dan memberikan cashflow, antaranya;

  1. Beli hartanah di bawah harga pasaran

  2. Beli tanah yang mendatangkan hasil

  3. Jadikan modal pusingan bisnes

  4. Langsaikan pinjaman bank lebih awal untuk dapat rebat.

EMAS MENJADIKAN PENYIMPANNYA CEPAT KAYA?

Ini faktor membuatkan kekayaan penyimpan emas bertambah dengan cepat dari bulan ke bulan;

  1. MAKIN MAHAL : Harga emas makin lama makin mahal, dan akan sentiasa mahal. Tiada satu zaman pun harga emas dianggap murah.

  2. TAK BOCOR : Bila duit simpanan sudah ditukarkan menjadi emas, secara automatik hilang nafsu berbelanja - sebab "nombor" yang 'menggoda' telah pun hilang.

  3. CEPAT BERTAMBAH : Tuhan jadikan naluri manusia pada emas untuk disimpan dan dikumpul, bukan untuk dibelanjakan. Kepingan emas yang cantik membuatkan penyimpannya ketagih untuk kumpul lebih banyak, lagi dan lagi…

KELEBIHAN EMAS BERBANDING ASET LAIN?

UBAT MUJARAB PENYAKIT BOROS. Emas boleh dijadikan penyelesaian bagi siapa yang ada masalah duit simpanan yang sentiasa bocor. Iaitu kerja bertahun-tahun tapi masih tidak ada simpanan yang cukup, sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan.

SIMPANAN SELAMAT DARI INFLASI. Tahun 1980-an dulu, 50 sen sudah cukup anak-anak makan kenyang di sekolah. Tapi hari ini, perlu sekurang-kurangnya RM5.00 sehari. Maksudnya, nilai duit semakin lama semakin kecil. Berbeza dengan emas. Zaman Nabi s.a.w. dulu, 1 dinar mampu beli seekor kambing. Hari ini pun, 1 dinar masih mampu beli seekor kambing. Nilai emas terbukti bertahan walaupun setelah 1400 tahun lamanya.

ASET FIZIKAL MAMPU MILIK. Emas adalah aset fizikal, sama seperti hartanah. Tapi kita boleh beli dan memilikinya dengan bajet mampu milik, sekecil item 1 gram (bajet sekitar RM400).

SELAMAT DARI RISIKO DIBEKUKAN. Semua harta boleh dibekukan oleh kerajaan sekiranya ditakdirkan seseorang itu jatuh bankrup atau nama disenarai-hitamkan, kecuali emas. Emas adalah aset kewangan yang tidak boleh dibekukan. Ia aset terbaik untuk sorokkan kekayaan dan sebagai benteng terakhir kewangan keluarga.

JUMLAH SIMPANAN EMAS SETIAP ORANG PATUT ADA?

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita dan keluarga.

Bahagian 10% itu akan menyelamatkan kewangan kita sekeluarga kerana emas:

  1. Tidak terjejas walau apapun keadaan ekonomi ataupun politik, hatta peperangan sekalipun.

  2. Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan emas yang kita ada.

  3. Ia tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain (jika ditakdirkan jatuh muflis atau nama disenarai-hitamkan).

NOTA : Individu yang diisytihar muflis, kesemua aset miliknya akan diambil dan diuruskan oleh Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk digunakan membayar hutang.

PERKARA WAJIB TAHU UNTUK ELAKKAN KERUGIAN?

Beli emas mesti dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas itu kita boleh simpannya sendiri, tanpa ada syarat mesti simpan dengan mana-mana syarikat untuk tempoh tertentu.

Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen ASB/ Tabung Haji.

Keuntungan cuma "beli harga rendah dan jual harga tinggi". Mana-mana pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan, itu semua scam.

Walaupun beli emas bermaksud simpan duit ("beli emas duit tak habis"), tapi emas tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan dalam waktu kurang setahun.

Kalau nak beli emas, pastikan guna duit yang nak disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas sahaja untuk elakkan kerugian.

Untuk elakkan ditipu atau terkait dengan isu AMLA, pastikan jual beli emas hanya dengan syarikat yang sudah trusted dan berkredibiliti sahaja. Bukan dari individu yang tidak dikenali

Transaksi jual beli emas terdedah kepada risiko terkait dengan aktiviti"gubahan wang haram" (AMLA) yang dipantau selia oleh BNM.

ADAKAH SESUAI BELI EMAS DENGAN DUIT PINJAMAN?

Tak sesuai. Kalau masih ada hutang yang cajnya mahal seperti kad kredit (dengan kadar interest 18% setahun), lebih baik fokus langsaikan hutang terlebih dahulu. Tak berbaloi simpan emas yang keuntungannya sekitar 10%, kalau kos pinjaman yang masih tertanggung lebih tinggi melebihi 10%.

DUIT YANG MANAKAH SESUAI UNTUK BELI EMAS?

Apa sahaja duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, ia sesuai ditukarkan kepada bentuk emas.

JUMLAH EMAS YANG DIKENAKAN ZAKAT?

Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (mengikut tahun hijrah). Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya; (1) jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam mengikut negeri masing masing), dan (2) telah mencukupi tempoh 1 tahun (kalendar hijrah).

https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas/