Strategi Jual, Beli dan Pajak Emas

Apakah strategi terbaik untuk jual beli dan pajak emas public gold. Ada beberapa cara untuk memaksima kan pulangan anda dalam pelaburan emas terutamanya menerusi aplikasi Public Gold

TIPS MENYIMPAN EMASBAHASA MELAYU

Afi

4/23/20241 min read

Muslim woman wearing public gold
Muslim woman wearing public gold

BILA WAKTU TERBAIK BELI EMAS?

Kesilapan pertama menabung emas ialah tunggu harga emas paling murah. Hakikatnya tak pernah ada satu zaman pun orang anggap harga emas murah.

Harga yang dianggap mahal hari ini akan dianggap murah beberapa tahun akan datang kerana harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.

Jadi cara terbaik untuk bermula ialah mulakan dulu 1 Gram pertama sebagai benchmark harga. Nanti kita akan faham bila harga emas tinggi ataupun rendah

Waktu terbaik beli emas sebenarnya bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas dan sudah faham ilmu asas tentang emas

BILA WAKTU TERBAIK JUAL EMAS?

Ada 3 keadaan yang terbaik untuk jual emas :

  1. Ada peluang tukarkan kepada aset yang lebih baik, seperti peluang beli rumah di bawah harga pasaran, atau untuk rolling modal bisnes.

  2. Sudah capai matlamat simpanan, seperti sampai waktu naik haji, anak nak masuk universiti, atau dijadikan deposit membeli rumah.

  3. Ada hal kecemasan, iaitu ketika mana duit simpanan kecemasan sudah habis.

DI MANA TEMPAT TERBAIK JUAL EMAS?

Tempat terbaik jual emas ialah tempat di mana kita membelinya

Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold. Kalau beli emas Poh Kong, jual balik ke kedai emas Poh Kong.

Ini kerana pengeluar asal akan membelinya pada harga yang lebih tinggi berbanding anda menjualnya di tempat lain.

JUAL BARANG KEMAS LAMA UNTUK BELI GOLD BAR/DINAR?

Tidak disarankan. Jual barang kemas lama tersebut hanya bila perlukan duit.

Kalau jual barang kemas untuk beli gold bar, kita akan kerugian dua kali "spread" (potongan harga). Iaitu spread barang kemas (25% - 40%) dan spread gold bar yang baru dibeli (bawah 10%).

Kalau simpan sahaja barang kemas tersebut, kita hanya dikenakan sekali"spread" sahaja.

JUAL ATAU PAJAK, YANG MANA LEBIH BAIK?

Secara idealnya, penyimpan emas tegar tak jual emas mereka kecuali dalam 3 situasi, iaitu:

  1. Untuk ditukarkan kepada aset yang lebih baik,

  2. Sudah capai matlamat simpanan, atau

  3. Ada hal kecemasan, sedangkan dana kecemasannya sudah habis.

Selain daripada 3 situasi ini, penyimpan emas tegar akan pajak emas mereka kalau perlukan tunai segera. Dan akan tebus semula secepat mungkin dalam masa 6 - 12 bulan.