Tuntutan Emas Public Gold jika berlaku Kematian

Tahukah Anda?, jika berlaku kematian kepada pemilik Akaun Simpanan Emas GAP, anda sebagai waris boleh menuntut emas terkumpul dari Public Gold. Sila ikuti langkah-langkah di dalam artikel ini.

TUTORIALBAHASA MELAYU

Afi

4/25/20241 min read

malaysian boy scratching head public gold
malaysian boy scratching head public gold

Bagi pemilik Akaun Simpanan Emas GAP

Jika berlaku kematian pada pemilik Akaun Simpanan Emas GAP, dokumen yang perlu waris bawa untuk menuntut emas di pejabat Public Gold adalah:

  1. Sijil Kematian

  2. Sijil Perkahwinan (suami/isteri), jika anak adalah pewaris maka kemukakan Sijil Kelahiran

  3. Salinan Kad Pengenalan pewaris

  4. Surat mahkamah (surat pindah milik/tadbir harta si mati kepada pewaris)

*Tertakluk kepada sebarang perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.

Bagi Pembelian Easy Payment Purchased (EPP)

Jika si mati ada membuat belian secara Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh membuat tuntutan melalui salah satu cara dibawah:

  1. Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 10% penalti ATAU;

  2. Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa tuntutan adalah sama seperti diatas.

Cara untuk mendapatkan surat mahkamah

  1. Apabila berlaku kematian, waris perlu mendapatkan surat bicara kuasa, surat wasiat atau surat pembahagian harta serta sijil faraid.

  2. Sekiranya berwasiat, probate atau surat kuasa boleh didapati melalui wasi atau pentadbir yang dilantik.

  3. Sijil faraid pula boleh diperolehi bersama surat kuasa daripada Mahkamah Syariah daripada wasi atau pentadbir yang dilantik.

  4. Surat inilah yang perlu dibawa ke Public Gold (atau mana-mana institusi yang berkenaan untuk tuntutan).

  5. Jika si mati tiada wasiat, biasanya harta akan dibahagikan mengikut faraid kepada nama-nama waris yang ada di dalam senarai pewaris setelah mendapat surat kuasa dan sijil faraid.

  6. Surat kuasa pula waris boleh dapatkan di mana-mana tempat berikut:

  • Amanah raya - jika si mati hanya mempunyai harta alih sahaja & nilai keseluruhan harta di bawah RM600,000

  • Pejabat pusaka kecil - jika si mati mempunyai harta tak alih & harta alih & nilai keseluruhan harta tidak melebihi RM2,000,000

  • Mahkamah Tinggi - jika si mati mempunyai harta alih sahaja melebihi RM 600,000 atau nilai keseluruhan harta alih & tak alih melebihi RM2,000,000

  • Bagi kes amanah raya/mahkamah tinggi, waris perlu dapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah terlebih dahulu. Bagi kes dibahagian pusaka kecil, boleh terus ke bahagian pusaka kecil tanpa perlu dapatkan sijil faraid.

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di cawangan yang berdekatan untuk proses pindah milik.